Seinfiniti puji dan syukur saya panjatkan kepada Allah, kerana dengan izinNya, cintaNya, kasihNya, Hidayah serta inayahNya, Dia masih lagi sudi mengurniakan nikmat yang tidak terkira banyaknya, terutama 2 nikmat terbesar, iman dan Islam. Tanpa nikmat ini, seluruh dunia dan seisinya seakan senyap sunyi tanpa bunyi, kelam suram tiada cahaya, terbuang tidak berharga. "Aku takde bakat menulis.." Kata- kata ini pernah bermain dalam fikiran saya satu ketika dulu. Ketika itu saya baru saja tamat sekolah menengah. Baru saja mengenali Saifulislam.com, Zaharuddin.net dan beberapa blog lagi. Ya, saya memang tiada bakat dalam menulis dan mengarang. Oleh kerana itulah, saya mula berkira- kira membuat blog berasaskan kartun dan lukisan. Namun kerana melukis memerlukan masa yang banyak , maka kerja- kerja itu menjadi terbengkalai. Tetapi kini, setelah difikir- fikir kembali, saya sedar bahawa segala asbab yang saya berikan untuk tidak menulis dulu hanyalah alas...