Skip to main content

Dengan NamaMu Ya Allah, Aku melangkah

Seinfiniti puji dan syukur saya panjatkan kepada Allah, kerana dengan izinNya, cintaNya, kasihNya, Hidayah serta inayahNya, Dia masih lagi sudi mengurniakan nikmat yang tidak terkira banyaknya, terutama 2 nikmat terbesar,  iman dan Islam. Tanpa nikmat ini, seluruh dunia dan seisinya seakan senyap sunyi tanpa bunyi,  kelam suram tiada cahaya, terbuang tidak berharga.  

"Aku takde bakat menulis.."

Kata- kata ini pernah bermain dalam fikiran saya satu ketika dulu. Ketika itu saya baru saja tamat sekolah menengah. Baru saja mengenali Saifulislam.com, Zaharuddin.net dan beberapa blog lagi. Ya,  saya memang tiada bakat dalam menulis dan mengarang. Oleh kerana itulah,  saya mula berkira- kira membuat blog berasaskan kartun dan lukisan. Namun kerana melukis memerlukan masa yang banyak , maka kerja- kerja itu menjadi terbengkalai.  

Tetapi kini, setelah difikir- fikir kembali, saya sedar bahawa segala asbab yang saya berikan untuk tidak menulis dulu hanyalah alasan semata.
Tiada bakat
Tiada masa

hakikatnya, terbengkalainya projek blog saya dahulu adalah kerana gagal menjawab satu persoalan:  

" kenapa aku ingin menulis?"  

Menunjuk- nunjuk?
Sekadar habiskan masa lapang?
Hobi?  

Soalan itu tidak dapat saya jawab dan terbiar tanpa jawapan selama beberapa tahun. Hari berganti bulan, bulan menjengah tahun. Tangga demi tangga kehidupan saya daki. Dengan izinNya, Dia letakkan saya untuk berada dalam satu proses mengenal diri. Proses yang telah membentuk "SAYA" yang hari ini.Satu demi satu persoalan hidup mula dapat dirungkaikan.  

Dari mana aku datang?
Untuk apa aku datang atas dunia ini?
Kemana aku nak pergi bila mati nanti?  

Proses itu membawa saya menyelami hakikat kehidupan saya. Ya, aku datang dari Allah, aku hidup keranaNya, dan satu hari nanti, saat nyawa diseru, aku akan kembali menghadapNya.  

Dan itulah jawapan kepada persoalan saya, " kenapa aku ingin menulis"

Saya ingin berkongsi kebaikan
Saya ingin berkongsi pengetahuan
Saya ingin sumber pahala untuk saya di bumi ini sentiasa ada, walaupun setelah saya mati nanti.
MENULIS SEMATA MATA KERANA ALLAH, BUKAN KERANA YANG LAIN.  

Tiada bakat hanyalah alasan.  Ia pasti boleh dibentuk melalui latihan.
Tiada masa hanyalah alasan. Ia pasti boleh disusun andai baiknya pengurusan.

Semoga blog ini, menjadi saham akhirat yang besar untuk saya di hari yang tiada perlindungan melainkan perlindunganNya, tiada yang selamat dari azab seksanya, melainkan yang kembali padaNya dengan hati damai dan sejahtera.  

Dengan Bismillah
Aku melangkah
Moga KAU kira setiap penat dan lelah
Moga kau ganjar setiap perit dan susah

Comments

Popular posts from this blog

Khatamallahu ala qulubihim

..Khatamallahu ala qulubihim.. “ sekejap..” kata sheikh Abu Bakar Bacaan saya terhenti. Saya mengangkat kepala memandang wajah sheikh. Raut mukanya seakan ingin mengatakan sesuatu. “kamu waqaf pada tempat yang salah. Maksudnya berbeza. “ Saya meihat kembali Al Quran. Ya saya berhenti pada pada absarihim. Kemudian mengambil semula dari wa’ala absarihim sehingga habis. Salah? Tahukah kamu apa maksud Khatam? ( meliau merujuk kepada perkataan Khatamallahu ala Qulubihim) Saya tahu khatam itu bermaksud seal. Saya pandang kembali wajah sheikh, menunggu apa yang ingin disampaikan Sheikh menarik nafas “Apabila Allah telah mengkhatam hati seseorang , tidak akan masuk ke dalamnya hdayah, dan tidak keluar darinya kekufuran. “ Saya terpegun TIDAK MASUK KE DALAM HATINYA HIDAYAH, DAN TIDAK KELUAR DARINYA KEKUFURAN?  Allah..Saya tidak pernah tahu tentang itu. kalau dicongak congak, saya telah melalui ayat ini ratusan kali dala...

Sebatang pen , seorang manusia.

Bayangkan.. Kita ada sebatang pen.. .. .. .. Dah bayangkan belum? Ok, kita ada sebatang pen. Pen itu kita beli setahun yang lalu, masih ada lagi tanda harga rm 2 pada batangnya. Pen itulah yang menemani hari hari kita sebagai pelajar sejak setahun yang lalu. Menjadi sahabat setia, mencoret idea idea , menghitam putihkan segala rasa dan cerita. Waktu berlalu , pen itu terus setia menumpahkan dakwatnya. Walau harganya cuma rm2 , pada kita ia masih berharga. Kenapa kita rasa ianya berharga? Kerana fungsinya kerana ia serve its purpose of creation Bayangkan lagi... Hari ini kita ambil pen itu . Kita ingin mencoret lagi  ,menyambung idea semalam yang terbantut catatannya sebab frust pahang kalah dengan kelantan. Kita mula mencatat. Eh? Kenapa putih je lagi kertas ni? Kita try gores gores pen itu pada kertas . Masih tiada apa- apa. Emm, dah habis dakwat la ni.. kita merungut sendirian. Mata kita melilau kedalam pencil box. "Bolehlah pen ni" kita ambil sebatang...

Monolog bimbang

Dulu, ibu ayah menjaga anak perempuannya dengan mengehadkan pergaulannya dengan lelaki lelaki lain. Anak dihadkan dari keluar rumah tanpa sebab yang munasabah Agar si anak perempuan ini terjaga maruahnya Terdidik adabnya Terjaga malunya kerana dia adalah bakal ibu kepada anak-anak ummah. Kini Walau terperap di rumah pun anak perempuan sudah tidak selamat Media sosial yang tidak terkira banyaknya sekarang, mengeluarkan anak ke seluruh Malaysia, malah dunia Satu gambar diupload, semua orang nampak Like dan comment menambah rasa ghairah, untuk upload gambar yang lain. Menghakis rasa malu, sedikit demi sedikit. Ini bukan cerita anak orang biasa Bahana media sosial ini membinasa semua Anak ustaz Anak doktor Anak orang dakwah Semua terkena Ini juga bukan cerita wanita tak bertudung sempurna Fitnah media sosial ini mempengaruhi semua Yang bertudung litup Yang bertudung labuh Yang berpurdah Semua terpengaruh Kadang kadang saya hairan, bagaimana seorang  boleh ada s...