Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

Kasih Ibu , Cinta ALLAH

Pagi itu saya agak terlambat ke kuliah. Khidmat tren di Mesir ini kadangkala menyakitkan hati. Ada waktunya tren berhenti lama di satu stesen kerana pemandu tren berbual bual dengan rakannya yang bekerja distesen tersebut, atau kadang2 sikap sesetengah orang mesir yang tak sabar, mencuba juga membuka pintu tren walaupun pintu tren hampir tertutup. Semua ini menyebabkan jadual perjalanan tren ataupun lebih dikenali sebagai metro itu,sering tergendala. Saya berjalan tergesa- gesa menuju ke bangunan Hospital kanak2, tempat praktikal dan kuliah saya untuk bulan itu. Kelihatan telah ramai penjaga membawa anak anak mereka ke hospital Universiti itu.  Dalam kekalutan saya mengejar kelas, mata saya tertumpu kepada 2 susuk tubuh dihadapan saya.  "Allah..." Hati saya berbisik. Tersentuh. kelihatan seorang wanita separuh usia , mungkin seumur ibu saya, sedang membawa seorang remaja berusia lebih kurang 13 tahun. saya amati budak lelaki tersebut "oh.. cerebral pals...