Skip to main content

Kasih Ibu , Cinta ALLAH


Pagi itu saya agak terlambat ke kuliah. Khidmat tren di Mesir ini kadangkala menyakitkan hati. Ada waktunya tren berhenti lama di satu stesen kerana pemandu tren berbual bual dengan rakannya yang bekerja distesen tersebut, atau kadang2 sikap sesetengah orang mesir yang tak sabar, mencuba juga membuka pintu tren walaupun pintu tren hampir tertutup. Semua ini menyebabkan jadual perjalanan tren ataupun lebih dikenali sebagai metro itu,sering tergendala.

Saya berjalan tergesa- gesa menuju ke bangunan Hospital kanak2, tempat praktikal dan kuliah saya untuk bulan itu. Kelihatan telah ramai penjaga membawa anak anak mereka ke hospital Universiti itu. 
Dalam kekalutan saya mengejar kelas, mata saya tertumpu kepada 2 susuk tubuh dihadapan saya. 

"Allah..." Hati saya berbisik. Tersentuh.

kelihatan seorang wanita separuh usia , mungkin seumur ibu saya, sedang membawa seorang remaja berusia lebih kurang 13 tahun. saya amati budak lelaki tersebut




"oh.. cerebral palsy.."

berdasarkan karakter dan sifat remaja itu, saya mengagak bahawa dia merupakan seorang pesakit Cerebral Palsy, Cerebral Palsy merupakan satu penyakit yang lazimmnya menimpa bayi yang mengalami kecederaan otak semasa di dalam rahim. Kecederaan itu mengakibatkan otak bayi tersebut mengalami kecacatan kekal dan biasanya tidak boleh dipulihkan. Penyakit ini mempunyai beberapa tahap keadaan , dan keaadaan yang paling teruk biasanya menyebabkan bayi tersebut lumpuh seluruh badan , tidak dapat bercakap, dan tidak boleh berfikir, kerana kecacatan yang teruk pada otak. Dan saya yakin kanak-kanak dihadapan saya ini berada pada peringkat itu.

Ini bukanlah kali pertama saya melihat pesakit seperti ini. Sudah banyak kali. Tetapi, apa yang saya lihat hari ini cukup menggetarkan hati.

Tahukah pembaca bagaimana wanita itu membawa anaknya?

Ibu tua itu, membawa anaknya dengan cara memikul si anak itu diatas belakangnya!! Dan tinggi si anak mungkin rendah sedikit daripada saya . Fikiran saya penuh dengan tanda tanya, bagaimana wanita seusia itu, mampu membawa anaknya yang lumpuh itu dengan cara tersebut.
Biasanya pesakit cerebral palsy yang sudah mencapai umur remaja akan dibawa menaiki kerusi roda, tetapi apa yang saya lihat ini sangat menyebakkan . Mungkin kerana tidak berkemampuan, si ibu terpaksa membawa anaknya sedemikian cara. Dalam keadaan seperti itupun, masih juga gigih membawa anaknya menjalani rawatan di hospital.

Saya mempercepatkan langkah, melintasi dua insan itu, tetapi mata saya masih melekat pada mereka. 

Perjalanan diteruskan. menuju ke kelas yang sudah pun bermula. sepanjang hari itu, fikiran saya tidak lepas dari mengingati peristiwa tersebut. wajah ibu dan anak tadi terbayang- bayang di minda.

Saya terfikir
Betapa kasihnya si ibu pada anaknya
Biarlah dirinya sedikit derita, asal anaknya tetap menjalani rawatan seperti biasa.

Tiadalah yang mengerakkan si ibu tadi untuk berbuat demikian melainkan dengan sifat rahim yang Allah kurniakan padanya.
seandainya tiada sifat Rahim pada ibu tersebut, mungkin anak tersebut telah dicampakkan ke tepi jalan, dan dibiarkan mati sebagaimana bayi- bayi luar nikah di Malaysia. 
Ya, jika anak itu dibuang pun, siapa yang akan tahu ? Bukannya anak itu boleh berkata- kata untuk mengadu kekejaman ibunya.

dan peristiwa itu, membawa fikiran saya melayang, mengingati satu kisah yang diceritakan oleh Dr Muhammad Abdul Rahman Al Arifi dalam salah satu khutbahnya...
.............................

Pada suatu hari, Rasullullah duduk bersama sahabat-sahabatnya. Ketika itu, Perang Hunain baru sahaja tamat. Disana sini kelihatan kesan peperangan. Ada isteri yang sedang menangisi kematian suaminya, ada lelaki yang cedera parah dan luka akibat senjata.

Di celahan hiruk pikuk manusia itu , Rasulullah terlihat seorang wanita sedang berjalan seolah olah mencari sesuatu. Setiap kali berjumpa dengan kanak-kanak kecil, wanita itu akan mengangat kanak-knaak tersebut, melihatnya , dan meletakkannya semula. Kemudian wanita tersebut berjalan lagi, dan mengulangi perkara yang sama apabila berjumpa kanak-kanak lain. Setelah beberapa lama , tahulah Rasulullah bahawa wanita itu sedang mencari anaknya. Baju wanita tersebut basah dengan susu dadanya. Setelah beberapa lama mencari, dengan izin Allah, wanita tersebut ternampak bayinya yang hilang daripadanya itu. Terus bayinya itu dipeluk dan disusukan dengan penuh kasih sayang.

Melihat situasi itu, Nabi bertanya kepada sahabat-sahabatnya

"Menurut kamu sanggupkah wanita itu mencampakkan anaknya itu kedalam api?"

maka sahabat- sahabat menjawab:

Demi Allah tidak mungkin wahai Rasullulah

Maka Nabi berkata:

Allah sayangkan hambaNya , lebih daripada sayangnya wanita tersebut kepada anaknya.

Allah... 
Sungguh dalam perumpamaan yang dituturkan oleh Rasulullah kepada sahabat- sahabatnya. Bayangkan sahabat-sahabat, kasih sayang seorang ibu kepada anaknya itu sendiri tidak dapat kita bayangkan. Dapat kita fikirkan betapa si ibu menanggung derita rindu pada bayi yang hilang daripadanya. Betapa kasih si Ibu, meredah lautan manusia, meneliti setiap bayi yang dijumpainya, dengan harapan bahawa itu anaknya. 

Malah dapat kita selami, betapa dalamnya perasaan cinta si ibu pada anaknya itu, sehinggakan susu badannya mengalir membasahi bajunya. Dan apabila berjumpa sahaja dengan anaknya itu, terus dipeluk, dicium dan disusukan dengan penuh kasih dan cinta.

Boleh bayangkan besarnya rasa cinta dan kasih sayang itu?

Sekarang bayangkan pula kasih sayang yang lebih besar daripada itu

Mampukah kita ?

Tidak mampu bukan? 
Begitulah besarnya rahmat dan kasih sayang Allah pada kita. Lebih besar , jauh lebih besar, daripada cinta dan kasih seorang ibu kepada anaknya.

Firman Allah dalam surah Al- A'raf:
".. dan rahmat-KU meliputi segala sesuatu.."

....................

Syukur pada mu Ya Allah
kerana telah menghadiahkan aku, 
pemandangan seindah itu,
yang mengingatkan aku akan betapa besar sifat Maha PenyayngMu..



Comments

Popular posts from this blog

Khatamallahu ala qulubihim

..Khatamallahu ala qulubihim.. “ sekejap..” kata sheikh Abu Bakar Bacaan saya terhenti. Saya mengangkat kepala memandang wajah sheikh. Raut mukanya seakan ingin mengatakan sesuatu. “kamu waqaf pada tempat yang salah. Maksudnya berbeza. “ Saya meihat kembali Al Quran. Ya saya berhenti pada pada absarihim. Kemudian mengambil semula dari wa’ala absarihim sehingga habis. Salah? Tahukah kamu apa maksud Khatam? ( meliau merujuk kepada perkataan Khatamallahu ala Qulubihim) Saya tahu khatam itu bermaksud seal. Saya pandang kembali wajah sheikh, menunggu apa yang ingin disampaikan Sheikh menarik nafas “Apabila Allah telah mengkhatam hati seseorang , tidak akan masuk ke dalamnya hdayah, dan tidak keluar darinya kekufuran. “ Saya terpegun TIDAK MASUK KE DALAM HATINYA HIDAYAH, DAN TIDAK KELUAR DARINYA KEKUFURAN?  Allah..Saya tidak pernah tahu tentang itu. kalau dicongak congak, saya telah melalui ayat ini ratusan kali dala...

Sebatang pen , seorang manusia.

Bayangkan.. Kita ada sebatang pen.. .. .. .. Dah bayangkan belum? Ok, kita ada sebatang pen. Pen itu kita beli setahun yang lalu, masih ada lagi tanda harga rm 2 pada batangnya. Pen itulah yang menemani hari hari kita sebagai pelajar sejak setahun yang lalu. Menjadi sahabat setia, mencoret idea idea , menghitam putihkan segala rasa dan cerita. Waktu berlalu , pen itu terus setia menumpahkan dakwatnya. Walau harganya cuma rm2 , pada kita ia masih berharga. Kenapa kita rasa ianya berharga? Kerana fungsinya kerana ia serve its purpose of creation Bayangkan lagi... Hari ini kita ambil pen itu . Kita ingin mencoret lagi  ,menyambung idea semalam yang terbantut catatannya sebab frust pahang kalah dengan kelantan. Kita mula mencatat. Eh? Kenapa putih je lagi kertas ni? Kita try gores gores pen itu pada kertas . Masih tiada apa- apa. Emm, dah habis dakwat la ni.. kita merungut sendirian. Mata kita melilau kedalam pencil box. "Bolehlah pen ni" kita ambil sebatang...

Monolog bimbang

Dulu, ibu ayah menjaga anak perempuannya dengan mengehadkan pergaulannya dengan lelaki lelaki lain. Anak dihadkan dari keluar rumah tanpa sebab yang munasabah Agar si anak perempuan ini terjaga maruahnya Terdidik adabnya Terjaga malunya kerana dia adalah bakal ibu kepada anak-anak ummah. Kini Walau terperap di rumah pun anak perempuan sudah tidak selamat Media sosial yang tidak terkira banyaknya sekarang, mengeluarkan anak ke seluruh Malaysia, malah dunia Satu gambar diupload, semua orang nampak Like dan comment menambah rasa ghairah, untuk upload gambar yang lain. Menghakis rasa malu, sedikit demi sedikit. Ini bukan cerita anak orang biasa Bahana media sosial ini membinasa semua Anak ustaz Anak doktor Anak orang dakwah Semua terkena Ini juga bukan cerita wanita tak bertudung sempurna Fitnah media sosial ini mempengaruhi semua Yang bertudung litup Yang bertudung labuh Yang berpurdah Semua terpengaruh Kadang kadang saya hairan, bagaimana seorang  boleh ada s...