Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Hari Ayah

21 Jun Hari ni hari ayah. Gatal tangan saya nak menulis di FB untuk ucapkan sesuatu padanya. TAPI Apa guna saya tulis di Fb, sedang ayah tak aktif pun Apa guna tulis di Fb , sedang ketika berhadapan saya tak ucapkan pun. Maka semalam sebelum bertugas sebagai penterjemah, saya cium tangan ayah, lalu ucapkan padanya, AYAH, SELAMAT HARI AYAH. Saya tak boleh ucapkan lebih dari itu, sebab saya tahu saya akan menangis. Dan Allah izin semalam saya menjadi penterjemah di masjid berdekatan rumah, maka ayah boleh hadir sama. Dan selepas habis tarawih, saya dapat temukan ayah dengan imam syria ini. "Ya Sheikh Mohammad Asymar , haza abati.."

Ketika mereka masih hidup..

Assalamualaikum.. Alhamdulillah hari ini Allah bagi kesempatan menulis. Semasa coretan ini ditulis,saya sedang berada dalam kereta rombongan mengambil huffaz dari palestin dan syria. Huffaz huffaz ini akan dibawa oleh pihak NGO Haluan ke masjid masjid. Selain menjadi imam solat tarawih, mereka juga akan menyampaikan sedikit tazkirah berkenaan hal ehwal saudara kita di Syria dan Palestin. Di kesempatan ini , saya ingin kongsikan sebuah tazkirah yang disampaikan oleh imam masjid Quba' , Sheikh Al Maghamsi. Bismillah.. Suatu hari, ketika Ibn Abbas sedang mengajar di masjid, datang seorang lelaki . lelaki tersebut mendekati Ibn Abbas, seraya bercerita. " wahai Ibn Abbas, dulu aku meminati seorang wanita dan aku ingin mengahwininya. Tetapi pada suatu hari, wanita tersebut telah dipinang oleh seorang lelaki lain, lalu wanita itu menerima pinangan lelaki tersebut. Aku berasa kecewa dan teramat marah. Kemarahan aku itu telah menyebabkan aku hilang pertimbangan,lalu membunuh wani...

Khatamallahu ala qulubihim

..Khatamallahu ala qulubihim.. “ sekejap..” kata sheikh Abu Bakar Bacaan saya terhenti. Saya mengangkat kepala memandang wajah sheikh. Raut mukanya seakan ingin mengatakan sesuatu. “kamu waqaf pada tempat yang salah. Maksudnya berbeza. “ Saya meihat kembali Al Quran. Ya saya berhenti pada pada absarihim. Kemudian mengambil semula dari wa’ala absarihim sehingga habis. Salah? Tahukah kamu apa maksud Khatam? ( meliau merujuk kepada perkataan Khatamallahu ala Qulubihim) Saya tahu khatam itu bermaksud seal. Saya pandang kembali wajah sheikh, menunggu apa yang ingin disampaikan Sheikh menarik nafas “Apabila Allah telah mengkhatam hati seseorang , tidak akan masuk ke dalamnya hdayah, dan tidak keluar darinya kekufuran. “ Saya terpegun TIDAK MASUK KE DALAM HATINYA HIDAYAH, DAN TIDAK KELUAR DARINYA KEKUFURAN?  Allah..Saya tidak pernah tahu tentang itu. kalau dicongak congak, saya telah melalui ayat ini ratusan kali dala...