Assalamualaikum..
Alhamdulillah hari ini Allah bagi kesempatan menulis. Semasa coretan ini ditulis,saya sedang berada dalam kereta rombongan mengambil huffaz dari palestin dan syria. Huffaz huffaz ini akan dibawa oleh pihak NGO Haluan ke masjid masjid. Selain menjadi imam solat tarawih, mereka juga akan menyampaikan sedikit tazkirah berkenaan hal ehwal saudara kita di Syria dan Palestin.
Di kesempatan ini , saya ingin kongsikan sebuah tazkirah yang disampaikan oleh imam masjid Quba' , Sheikh Al Maghamsi.
Bismillah..
Suatu hari, ketika Ibn Abbas sedang mengajar di masjid, datang seorang lelaki . lelaki tersebut mendekati Ibn Abbas, seraya bercerita.
" wahai Ibn Abbas, dulu aku meminati seorang wanita dan aku ingin mengahwininya. Tetapi pada suatu hari, wanita tersebut telah dipinang oleh seorang lelaki lain, lalu wanita itu menerima pinangan lelaki tersebut.
Aku berasa kecewa dan teramat marah. Kemarahan aku itu telah menyebabkan aku hilang pertimbangan,lalu membunuh wanita itu.
Wahai ibn Abbas , bagaimana aku ingin bertaubat atas kesalahan aku itu.?
Pause sekejap. Sama sama kita fikir
Kita pun tahu, dosa membunuh seorang manusia dengan sengaja, merupakan salah satu daripada dosa dosa besar.
Malah disebut dalam Al Quran, bahawa siapa yang membunuh seorang manusia, seakan akan dia membunuh jiwa seluruh manusia.
Itu menunjukkan akan tingginya nilai nyawa seorang manusia itu di sisi Allah.
Ok kita continue.
Wahai ibn Abbas , bagaimana aku ingin bertaubat atas kesalahan aku itu.?
ibn Abbas lalu bertanya kepada lelaki tersebut
" apakah kau punya ibu?"
"Ibuku telah meninggal dunia wahai ibn Abbas.."
Keadaan sunyi seketika selepas lelaki tersebut memberi jawapan.
Kalau begitu, bertaubatlah dengan bersungguh sungguh, dan kerjakanlah amal soleh.
Setelah ibn Abbas berkata demikian , lelaki tadi pun berlalu
Setelah lelaki tersebut pergi, seorang anak muridnya bertanya,
Wahai ibn Abbas, tadi aku mendengar lelaki tersebut meminta engkau memberitahunya bagaimana cara untuk dia bertaubat, lalu kenapakah engkau bertanya akan perihal ibunya?
Ibn Abbas menjawab :
"Kerana Allah swt telah berfirman , sesungguhnya kebaikan kebaikan akan menghapuskan keburukan"
"Dan, aku tidak tahu amalan kebaikan yang lebih besar dari berbakti kepada ibu bapa."
Allahu
Terkadang kita sibuk mencari ruang beramal
Sehingga terlupa, di depan kita ada peluang beramal yang sangat besar
Iaitu berbakti kepada kedua ibu bapa
Bila ibu panggil dan meminta kita buat satu pekerjaan, rasailah bahawa ia hadiah dari Allah. Allah telah pilih kita instead of adik beradik kita yang lain untuk melakukan pekerjaan tersebut.
Dan untuk itu, seandainya kita ikhlas, Dia menjanjikan ganjaran yang cukup besar.
Maka wahai saya dan semua pembaca
sayangilah mereka
Kasihilah mereka
Berbaktilah pada mereka semampu kita
Kerana apabila mereka telah tiada nanti, kita akan hilang satu peluang kebaikan yang sangat besar,seperti yang berlaku kepada lelaki dalam kisah di atas.
Wallahua'lam
Syafieidris
16 / 6 / 2015
Dalam kereta pakcik bashir
# coretan seterusnya inshaaAllah bertajuk "Kau yang teristimewa". Siapakah "kau" itu? Nantikan minggu depan inshaaAllah..=)
Comments
Post a Comment