Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Kanser Serviks: Bila Hukum Allah diketepikan

Tahukah anda pada oral contraceptive pill atau pil pencegah kehamilan? Ianya merupakan pil yang mengandungi hormon estrogen dan progestin yang akan menghalang proses ovulasi, seterusnya menghalang proses kehamilan. Penemuan berkenaan dengan pencegahan kehamilan menggunakan hormon ini , mulanya diperkenalkan oleh seorang saintis bernama Ludwig Habeerlandt. Penemuan dan kajian Ludwig ini telah menyebabkannya menerima gelaran Father of Hormonal Contraception. Tapi, kenapa saya tiba-tiba ingin ceritakan tentang pil ini? Dulu sewaktu di tahun 3 perubatan, seorang professor yang mengjar subjek pathology telah menceritakan kepada kami satu sejarah berkenaan pil ini, yang tidak saya temukan di buku2 rujukan dan internet. Sewaktu pil ini mula diluluskan oleh FDA pada awal 1960 an, ia  telah diperkenalkan di Eropah dan mendapat sambutan yang  menggalakkan daripada masyarakat. Tetapi tidak lama selepas pengenalan pil ini kepada pasaran, dengan tiba- tiba  kes kanser...

Kasih Ibu , Cinta ALLAH

Pagi itu saya agak terlambat ke kuliah. Khidmat tren di Mesir ini kadangkala menyakitkan hati. Ada waktunya tren berhenti lama di satu stesen kerana pemandu tren berbual bual dengan rakannya yang bekerja distesen tersebut, atau kadang2 sikap sesetengah orang mesir yang tak sabar, mencuba juga membuka pintu tren walaupun pintu tren hampir tertutup. Semua ini menyebabkan jadual perjalanan tren ataupun lebih dikenali sebagai metro itu,sering tergendala. Saya berjalan tergesa- gesa menuju ke bangunan Hospital kanak2, tempat praktikal dan kuliah saya untuk bulan itu. Kelihatan telah ramai penjaga membawa anak anak mereka ke hospital Universiti itu.  Dalam kekalutan saya mengejar kelas, mata saya tertumpu kepada 2 susuk tubuh dihadapan saya.  "Allah..." Hati saya berbisik. Tersentuh. kelihatan seorang wanita separuh usia , mungkin seumur ibu saya, sedang membawa seorang remaja berusia lebih kurang 13 tahun. saya amati budak lelaki tersebut "oh.. cerebral pals...

Kesian..?

Dengan NamaMu Ya Allah, Aku melangkah

Seinfiniti puji dan syukur saya panjatkan kepada Allah, kerana dengan izinNya, cintaNya, kasihNya, Hidayah serta inayahNya, Dia masih lagi sudi mengurniakan nikmat yang tidak terkira banyaknya, terutama 2 nikmat terbesar,  iman dan Islam. Tanpa nikmat ini, seluruh dunia dan seisinya seakan senyap sunyi tanpa bunyi,  kelam suram tiada cahaya, terbuang tidak berharga.   "Aku takde bakat menulis.." Kata- kata ini pernah bermain dalam fikiran saya satu ketika dulu. Ketika itu saya baru saja tamat sekolah menengah. Baru saja mengenali Saifulislam.com, Zaharuddin.net dan beberapa blog lagi. Ya,  saya memang tiada bakat dalam menulis dan mengarang. Oleh kerana itulah,  saya mula berkira- kira membuat blog berasaskan kartun dan lukisan. Namun kerana melukis memerlukan masa yang banyak , maka kerja- kerja itu menjadi terbengkalai.   Tetapi kini, setelah difikir- fikir kembali, saya sedar bahawa segala asbab yang saya berikan untuk tidak menulis dulu hanyalah alas...