Skip to main content

Kanser Serviks: Bila Hukum Allah diketepikan

Tahukah anda pada oral contraceptive pill atau pil pencegah kehamilan? Ianya merupakan pil yang mengandungi hormon estrogen dan progestin yang akan menghalang proses ovulasi, seterusnya menghalang proses kehamilan.

Penemuan berkenaan dengan pencegahan kehamilan menggunakan hormon ini , mulanya diperkenalkan oleh seorang saintis bernama Ludwig Habeerlandt. Penemuan dan kajian Ludwig ini telah menyebabkannya menerima gelaran Father of Hormonal Contraception.

Tapi, kenapa saya tiba-tiba ingin ceritakan tentang pil ini?

Dulu sewaktu di tahun 3 perubatan, seorang professor yang mengjar subjek pathology telah menceritakan kepada kami satu sejarah berkenaan pil ini, yang tidak saya temukan di buku2 rujukan dan internet.

Sewaktu pil ini mula diluluskan oleh FDA pada awal 1960 an, ia  telah diperkenalkan di Eropah dan mendapat sambutan yang  menggalakkan daripada masyarakat. Tetapi tidak lama selepas pengenalan pil ini kepada pasaran, dengan tiba- tiba  kes kanser serviks meningkat mendadak.




Peningkatan kes kanser serviks di eropah pada masa itu menyebabkan pil tersebut ditarik daripada pasaran. Para saintis berteori mungkin terdapat bahan dalam pil tersebut yang bersifat karsinogenik ( menyebabkan kanser) . Maka kajian demi kajian dilakukan dan hasilnya, pil tersebut bebas dari bahan bahan penyebab kanser.

Jadi apakah kaitan antara pil perancang kehamilan ini dengan peningkatan kes kanser serviks?

Setelah beberapa kajian lanjut, para saintis telah membuat satu kesimpulan berkenaan fenomena ini. Kata mereka, apabila pil perancang kehamilan ini diperkenalkan , para wanita di eropah menjadi semakin liar. Mereka tidak lagi takut untuk berzina dan bertukar tukar pasangan seksual, kerana satu satunya ketakutan mereka iaitu “termengandung” telah hilang dengan wujudnya pil ini.

Dan untuk pengetahuan semua, salah satu penyebab kanser ovari adalah pengamalan zina dan  bertukar tukar pasangan seksual.

Cebisan sejarah yang di ceritakan oleh prof saya ini menjentik hati saya , mengingati peringatan yang Allah sebutkan dalam Al Quran:




"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) keranaa Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). "   




Comments

Popular posts from this blog

Khatamallahu ala qulubihim

..Khatamallahu ala qulubihim.. “ sekejap..” kata sheikh Abu Bakar Bacaan saya terhenti. Saya mengangkat kepala memandang wajah sheikh. Raut mukanya seakan ingin mengatakan sesuatu. “kamu waqaf pada tempat yang salah. Maksudnya berbeza. “ Saya meihat kembali Al Quran. Ya saya berhenti pada pada absarihim. Kemudian mengambil semula dari wa’ala absarihim sehingga habis. Salah? Tahukah kamu apa maksud Khatam? ( meliau merujuk kepada perkataan Khatamallahu ala Qulubihim) Saya tahu khatam itu bermaksud seal. Saya pandang kembali wajah sheikh, menunggu apa yang ingin disampaikan Sheikh menarik nafas “Apabila Allah telah mengkhatam hati seseorang , tidak akan masuk ke dalamnya hdayah, dan tidak keluar darinya kekufuran. “ Saya terpegun TIDAK MASUK KE DALAM HATINYA HIDAYAH, DAN TIDAK KELUAR DARINYA KEKUFURAN?  Allah..Saya tidak pernah tahu tentang itu. kalau dicongak congak, saya telah melalui ayat ini ratusan kali dala...

Sebatang pen , seorang manusia.

Bayangkan.. Kita ada sebatang pen.. .. .. .. Dah bayangkan belum? Ok, kita ada sebatang pen. Pen itu kita beli setahun yang lalu, masih ada lagi tanda harga rm 2 pada batangnya. Pen itulah yang menemani hari hari kita sebagai pelajar sejak setahun yang lalu. Menjadi sahabat setia, mencoret idea idea , menghitam putihkan segala rasa dan cerita. Waktu berlalu , pen itu terus setia menumpahkan dakwatnya. Walau harganya cuma rm2 , pada kita ia masih berharga. Kenapa kita rasa ianya berharga? Kerana fungsinya kerana ia serve its purpose of creation Bayangkan lagi... Hari ini kita ambil pen itu . Kita ingin mencoret lagi  ,menyambung idea semalam yang terbantut catatannya sebab frust pahang kalah dengan kelantan. Kita mula mencatat. Eh? Kenapa putih je lagi kertas ni? Kita try gores gores pen itu pada kertas . Masih tiada apa- apa. Emm, dah habis dakwat la ni.. kita merungut sendirian. Mata kita melilau kedalam pencil box. "Bolehlah pen ni" kita ambil sebatang...

Monolog bimbang

Dulu, ibu ayah menjaga anak perempuannya dengan mengehadkan pergaulannya dengan lelaki lelaki lain. Anak dihadkan dari keluar rumah tanpa sebab yang munasabah Agar si anak perempuan ini terjaga maruahnya Terdidik adabnya Terjaga malunya kerana dia adalah bakal ibu kepada anak-anak ummah. Kini Walau terperap di rumah pun anak perempuan sudah tidak selamat Media sosial yang tidak terkira banyaknya sekarang, mengeluarkan anak ke seluruh Malaysia, malah dunia Satu gambar diupload, semua orang nampak Like dan comment menambah rasa ghairah, untuk upload gambar yang lain. Menghakis rasa malu, sedikit demi sedikit. Ini bukan cerita anak orang biasa Bahana media sosial ini membinasa semua Anak ustaz Anak doktor Anak orang dakwah Semua terkena Ini juga bukan cerita wanita tak bertudung sempurna Fitnah media sosial ini mempengaruhi semua Yang bertudung litup Yang bertudung labuh Yang berpurdah Semua terpengaruh Kadang kadang saya hairan, bagaimana seorang  boleh ada s...