Dulu,
ibu ayah menjaga anak perempuannya dengan mengehadkan pergaulannya dengan lelaki lelaki lain.
Anak dihadkan dari keluar rumah tanpa sebab yang munasabah
Agar si anak perempuan ini terjaga maruahnya
Terdidik adabnya
Terjaga malunya
kerana dia adalah bakal ibu kepada anak-anak ummah.
Kini
Walau terperap di rumah pun anak perempuan sudah tidak selamat
Media sosial yang tidak terkira banyaknya sekarang, mengeluarkan anak ke seluruh Malaysia, malah dunia
Satu gambar diupload, semua orang nampak
Like dan comment menambah rasa ghairah, untuk upload gambar yang lain.
Menghakis rasa malu, sedikit demi sedikit.
Ini bukan cerita anak orang biasa
Bahana media sosial ini membinasa semua
Anak ustaz
Anak doktor
Anak orang dakwah
Semua terkena
Ini juga bukan cerita wanita tak bertudung sempurna
Fitnah media sosial ini mempengaruhi semua
Yang bertudung litup
Yang bertudung labuh
Yang berpurdah
Semua terpengaruh
Kadang kadang saya hairan, bagaimana seorang boleh ada sampai 10 media sosial yang disertainya.
Begitu dahagakah dia pada perhatian manusia?
Belum cerita kesannya pada rumah tangga
Berapa banyak perkahwinan yang musnah kerana media sosial?
Berapa banyak pertunangan yang putus kerana tidak menjaga adab bergaul di media sosial?
Berapa ramai yang zinanya dimulai dengan chatting berdua di media sosial.?
Sungguh saya takut
Ini zaman saya , sudah begini
Bagaimana zaman anak cucu saya nanti?
Allahu, sungguh saya bimbang.
Oleh itu, saya ajak diri saya dan semua yang membaca
Agar bertaqwa , dalam menjadi pengguna media sosial ini.
Janganlah begitu mudah menjual diri di media
Janganlah begitu mesra dengan yang berlainan jantina
Wahai lelaki, juga wanita
Ingatlah bahawa bagaimana kita hari ini, menentukan bagaimana generasi kita nanti.
Comments
Post a Comment