Skip to main content

Sebatang pen , seorang manusia.


Bayangkan..

Kita ada sebatang pen..
..
..
..

Dah bayangkan belum?

Ok, kita ada sebatang pen. Pen itu kita beli setahun yang lalu, masih ada lagi tanda harga rm 2 pada batangnya.

Pen itulah yang menemani hari hari kita sebagai pelajar sejak setahun yang lalu.

Menjadi sahabat setia, mencoret idea idea , menghitam putihkan segala rasa dan cerita.

Waktu berlalu , pen itu terus setia menumpahkan dakwatnya.
Walau harganya cuma rm2 , pada kita ia masih berharga.

Kenapa kita rasa ianya berharga?

Kerana fungsinya
kerana ia serve its purpose of creation

Bayangkan lagi...

Hari ini kita ambil pen itu . Kita ingin mencoret lagi  ,menyambung idea semalam yang terbantut catatannya sebab frust pahang kalah dengan kelantan.

Kita mula mencatat.
Eh? Kenapa putih je lagi kertas ni?
Kita try gores gores pen itu pada kertas . Masih tiada apa- apa.

Emm, dah habis dakwat la ni.. kita merungut sendirian.
Mata kita melilau kedalam pencil box.

"Bolehlah pen ni" kita ambil sebatang pen lain .

Spontan kita campakkan pen yang dah habis dakwat tadi kedalam tong sampah mini di bawah meja.

Sebatang pen itu
Yang dulunya berharga kepada kita
Yang masih segar lagi label harganya.
Kini kaku didalam tong sampah,

Ia telah menjadi sampah
Tiada lagi harga bagi kita.

Kenapa?
Ia tidak lagi menjalankan fungsinya sebagai sebatang pen.
It no longer serve its purpose.

...

Haih panjangnya ceghita.

Saya cuma nak bawakan analogi mudah

Sebatang pen yang kecil itu pun punya fungsi dan tujuan ia dicipta.
Bagaimana pula kita manusia yang besar, berakal, bertamadun ni?
Mustahil pencipta kita mencipta kita tanpa sebarang fungsi dan tujuan

Kehidupan ini adalah ibadah kepadaNya
Hanya kepadaNya.

Seperti sebatang pen itu
Harga seorang manusia itu
Bukan bila dia kaya
Bukan kalau dia cantik
Bukan kalau dia menang bola

Tapi bila dia penuhi tujuan dia diciptakan
When they serve their purpose of creation.
Disitulah letaknya harga seorang manusia.

Sebatang pen itu dicampak dalam tong sampah bila sudah hilang fungsi,
Agaknya kemana manusia akan dicampak bila tidak menjalankan fungsinya sebagai hamba Allah?

Comments

Popular posts from this blog

Khatamallahu ala qulubihim

..Khatamallahu ala qulubihim.. “ sekejap..” kata sheikh Abu Bakar Bacaan saya terhenti. Saya mengangkat kepala memandang wajah sheikh. Raut mukanya seakan ingin mengatakan sesuatu. “kamu waqaf pada tempat yang salah. Maksudnya berbeza. “ Saya meihat kembali Al Quran. Ya saya berhenti pada pada absarihim. Kemudian mengambil semula dari wa’ala absarihim sehingga habis. Salah? Tahukah kamu apa maksud Khatam? ( meliau merujuk kepada perkataan Khatamallahu ala Qulubihim) Saya tahu khatam itu bermaksud seal. Saya pandang kembali wajah sheikh, menunggu apa yang ingin disampaikan Sheikh menarik nafas “Apabila Allah telah mengkhatam hati seseorang , tidak akan masuk ke dalamnya hdayah, dan tidak keluar darinya kekufuran. “ Saya terpegun TIDAK MASUK KE DALAM HATINYA HIDAYAH, DAN TIDAK KELUAR DARINYA KEKUFURAN?  Allah..Saya tidak pernah tahu tentang itu. kalau dicongak congak, saya telah melalui ayat ini ratusan kali dala...

Monolog bimbang

Dulu, ibu ayah menjaga anak perempuannya dengan mengehadkan pergaulannya dengan lelaki lelaki lain. Anak dihadkan dari keluar rumah tanpa sebab yang munasabah Agar si anak perempuan ini terjaga maruahnya Terdidik adabnya Terjaga malunya kerana dia adalah bakal ibu kepada anak-anak ummah. Kini Walau terperap di rumah pun anak perempuan sudah tidak selamat Media sosial yang tidak terkira banyaknya sekarang, mengeluarkan anak ke seluruh Malaysia, malah dunia Satu gambar diupload, semua orang nampak Like dan comment menambah rasa ghairah, untuk upload gambar yang lain. Menghakis rasa malu, sedikit demi sedikit. Ini bukan cerita anak orang biasa Bahana media sosial ini membinasa semua Anak ustaz Anak doktor Anak orang dakwah Semua terkena Ini juga bukan cerita wanita tak bertudung sempurna Fitnah media sosial ini mempengaruhi semua Yang bertudung litup Yang bertudung labuh Yang berpurdah Semua terpengaruh Kadang kadang saya hairan, bagaimana seorang  boleh ada s...