Skip to main content
Parasit

Hari itu 21 disember 2014

Apa yang istimewa tentang tarikh itu? Kata “Mayanist” , 21 Disember 2012 adalah hari kiamat. Tapi ternyata ianya dongeng kerana 2 tahun selepas tarikh itu saya  masih disini dihadapan laptop , mencoret sesuatu berkenaan tarikh ini.

21 disember adalah tarikh lahir saya.

 Pagi itu, saya bangun dari tidur dan ketika dalam perjalanan ke bilik air, saya ternampak sesuatu di atas meja. Sebuah periuk berisi bubur kacang hijau beserta nota besar berbentuk “heart”.

“Selamat Hari Lahir yang ke 25!!=)”  tertulis pada nota itu.

Terharu seketika. Rupanya sahabat serumah saya bangun seawal 4 pagi untuk memasak bubur kacang tersebut. Patutlah terdengar ‘tung’ ‘tang’ di dapur pagi tadi.

Balik dari solat subuh, saya berjumpa dengan sahabat tersebut

“Hanif, syukran ye masak Bubur kacang tu..”

“ haha maalisy la takde kek , ada bubur kacang je”.. dia menjawab

Saya senyum . Segala puji bagi Allah yang menghadiahkan aku sahabat sahabat yang baik dan soleh..=)
………………………………..

Hari lahir antara hari yang pasti ditunggu- tunggu oleh kebanyakan manusia. Biasanya hari tersebut mereka akan meraikannya dengan pesta dan sambutan keraian. Bagi yang punya kesedaran Islam mereka menyambutnya dengan sujud dan syukur padanNya atas nikmat Usia. Bagi yang tiada kefahaman tersebut, hari lahir adalah hari berpesta dan berparti riang.

Riang kenapa? Saya pun tidak pasti.

Tapi kenapa Tajuk saya kali ini PARASIT? Apa kaitannya dengan hari Lahir?

Kalau kita kenang- kenangkan , pada hari kita dilahirkan , hari itu ada insan yang hampir mati kerana kita, setelah 9 bulan kita berada dalam perutnya.

Selama 9 bulan itu, kita mengambil darah, nutrient, gula , antibodi dan segala perkara yang bermanfaat untuk kita dari badan Ibu. Setiap makanan yang ibu makan, kita akan ambil separuh.

Lalu apa yang kita berikan pada Ibu sepanjang 9 bulan itu?

3 bulan pertama kita hadiahkan ibu dengan muntah-muntah, pening, ubah mood, marah2 dan sebagainya . Kemudian perut ibu membesar kerana kita lalu timbullah parut parut hodoh pada perut ibu yang tidak akan hilang. Selain dari itu, kita “suprisekan “ ibu dengan anemia(kurang darah) serta risiko  tekanan darah tinggi dan diabetes.


Sifat organisma parasit, menumpang dan menyedut perkara bermanfaat untuknya, tanpa memberikan sedikit manfaatpun untuk perumah.

Tapi kita, menumpang dalam perut ibu, menyedut segala perkara yang bermanfaat untuk kita, tidak memberi manfaatpun  pada Ibu, malah memberi pelbagai mudharat padanya.

Sungguh kita dahulu lebih teruk dari seekor parasit!!

Tapi Ibu itu, dengan segala yang kita buat padanya, adakah dia membenci?
Tidak
Adakah dia berhenti menyayangi?
Tidak
Adakah dia segera berjumpa doktor untuk “ membunuh” sang  parasit itu?
Juga tidak

Ibu itu makin mencintai , makin menyayangi
Makin perutnya membesar , semakin rindu dia ingin melihat wajah insan yang dikandungnya. Maka dia terus membiarkan kita membesar dalam perutnya, sehingga cukup tempohnya. Setelah cukup tempohnya , dia bertarung dengan kesakitan yang secara logiknya tidak mampu di tanggung oleh manusia biasa semata mata untuk membawa kita ke dunia.

“UWEEKK”

dan tangisan pertama itu disambut dengan rasa bahagia olehnya. Terlupa sudah kesakitan yang baru ditanggung.

Itulah sifat Rahim yang Allah percikkan padanya. Sifat yang membuatnya mampu mengasihi dan mencintai kita TANPA KONDISI, TANPA SYARAT.


Oleh itu, apabila tiba Hari Lahir,
Raikanlah ia dengan sujud dan syukur pada Allah atas nikmat usia
Dan tuturkanlah ucapan terima kasih pada Ibu yang telah banyak berkorban melahirkan dan membesarkan kita.
Dan berazamlah untuk menjadi insan yang berbakti pada Ibu dan Ayah, bukan selama lamanya menjadi parasit pada mereka.





"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".


SyafieIdris,

30 Disember, Kaherah

Comments

Popular posts from this blog

Khatamallahu ala qulubihim

..Khatamallahu ala qulubihim.. “ sekejap..” kata sheikh Abu Bakar Bacaan saya terhenti. Saya mengangkat kepala memandang wajah sheikh. Raut mukanya seakan ingin mengatakan sesuatu. “kamu waqaf pada tempat yang salah. Maksudnya berbeza. “ Saya meihat kembali Al Quran. Ya saya berhenti pada pada absarihim. Kemudian mengambil semula dari wa’ala absarihim sehingga habis. Salah? Tahukah kamu apa maksud Khatam? ( meliau merujuk kepada perkataan Khatamallahu ala Qulubihim) Saya tahu khatam itu bermaksud seal. Saya pandang kembali wajah sheikh, menunggu apa yang ingin disampaikan Sheikh menarik nafas “Apabila Allah telah mengkhatam hati seseorang , tidak akan masuk ke dalamnya hdayah, dan tidak keluar darinya kekufuran. “ Saya terpegun TIDAK MASUK KE DALAM HATINYA HIDAYAH, DAN TIDAK KELUAR DARINYA KEKUFURAN?  Allah..Saya tidak pernah tahu tentang itu. kalau dicongak congak, saya telah melalui ayat ini ratusan kali dala...

Sebatang pen , seorang manusia.

Bayangkan.. Kita ada sebatang pen.. .. .. .. Dah bayangkan belum? Ok, kita ada sebatang pen. Pen itu kita beli setahun yang lalu, masih ada lagi tanda harga rm 2 pada batangnya. Pen itulah yang menemani hari hari kita sebagai pelajar sejak setahun yang lalu. Menjadi sahabat setia, mencoret idea idea , menghitam putihkan segala rasa dan cerita. Waktu berlalu , pen itu terus setia menumpahkan dakwatnya. Walau harganya cuma rm2 , pada kita ia masih berharga. Kenapa kita rasa ianya berharga? Kerana fungsinya kerana ia serve its purpose of creation Bayangkan lagi... Hari ini kita ambil pen itu . Kita ingin mencoret lagi  ,menyambung idea semalam yang terbantut catatannya sebab frust pahang kalah dengan kelantan. Kita mula mencatat. Eh? Kenapa putih je lagi kertas ni? Kita try gores gores pen itu pada kertas . Masih tiada apa- apa. Emm, dah habis dakwat la ni.. kita merungut sendirian. Mata kita melilau kedalam pencil box. "Bolehlah pen ni" kita ambil sebatang...

Monolog bimbang

Dulu, ibu ayah menjaga anak perempuannya dengan mengehadkan pergaulannya dengan lelaki lelaki lain. Anak dihadkan dari keluar rumah tanpa sebab yang munasabah Agar si anak perempuan ini terjaga maruahnya Terdidik adabnya Terjaga malunya kerana dia adalah bakal ibu kepada anak-anak ummah. Kini Walau terperap di rumah pun anak perempuan sudah tidak selamat Media sosial yang tidak terkira banyaknya sekarang, mengeluarkan anak ke seluruh Malaysia, malah dunia Satu gambar diupload, semua orang nampak Like dan comment menambah rasa ghairah, untuk upload gambar yang lain. Menghakis rasa malu, sedikit demi sedikit. Ini bukan cerita anak orang biasa Bahana media sosial ini membinasa semua Anak ustaz Anak doktor Anak orang dakwah Semua terkena Ini juga bukan cerita wanita tak bertudung sempurna Fitnah media sosial ini mempengaruhi semua Yang bertudung litup Yang bertudung labuh Yang berpurdah Semua terpengaruh Kadang kadang saya hairan, bagaimana seorang  boleh ada s...