Jangankan kanak - kanak , kita yang dewasa pun tersenyum dan seronok tengok video ni.
Pada pendapat saya, sheikh ini menunjukkan salah satu daripada keindahan ajaran Islam, iaitu pendidikan anak kecil ,dalam keadaan meraikan fitrah mereka sebagai kanak- kanak.
Sungguh saya tidak bersetuju dengan kebanyakan maahad tahfiz kanak kanak yang merotan , menampar dan memukul kanak kanak dengan melampau, hanya kerana tidak lancar hafazan.
Sheikh Al maghamsi, dalam satu kuliah tafsirnya berkenaan surah yusuf berkata, berdasarkan ayat yarta' wayal'ab , menunjukkan di situ hatta seorang nabi pun punya fitrah sebagai seorang kanak kanak, iaitu berseronok dan bermain.
Dan apakah nabi Yaaqub menghalang menghalang keinginan nabi yusuf?
Tidak.
Dia meraikan fitrah anaknya nabi yusuf dengan membenarkan dia pergi bermain dengan abang abangnya.
Maka kata sheikh Al Maghamsi, kanak kanak harus dididik dalam keadaan fitrahnya sebagai kanak kanak dirai. Jangan terlalu memaksakan sesuatu yang tidak sesuai untuk umurnya.
Memaksa kanak- kanak untuk dewasa sebelum waktunya, merupakan suatu penganiayaan kepada fitrah mereka.
Saya pernah mendengar satu talk yang disampaikan oleh seorang paderi, berkenaan bagaimana kanak kanak di israel diajar. Sejak hari pertama kanak kanak di tadika, para guru akan berusaha untuk menjadikan mereka seronok dengan pelajaran kitab talmud. antaranya mereka akan membuat kek , lalu menghiasi kek kek tersebut dengan ayat ayat dari kitab talmud.
Kemudian, kek kek itu diberikan kepada kanak kanak tadi untuk mereka makan.
Agak agak apa yang kanak kanak itu rasa?
Seronok pastinya!!
Secara subconcious ( separa sedar) kanak kanak akan merasakan bahawa pelajaran talmud merupakan satu subjek yang menyeronokkan.
Bukanlah maskud saya Kita perlu tulis ayat al quran atas kek. Tidak, but you get the idea , right?
Para Ibu dan Ayah
Para Ummi dan Abah
Para guru dan pendidik ummah
Perlu kreatif
Dalam menyampaikan idea idea pendidikan kepada kanak kanak.
Jangan paksa mereka untuk "dewasa sebelum waktunya".
Moga suatu hari nanti, saya dapat menjadi seorang ayah yang tidak derhaka pada anak anaknya, dan dapat mencontohi kekreatifan cara pendidikan sheikh ini..amiin..

Comments
Post a Comment