Bayangkan.. Kita ada sebatang pen.. .. .. .. Dah bayangkan belum? Ok, kita ada sebatang pen. Pen itu kita beli setahun yang lalu, masih ada lagi tanda harga rm 2 pada batangnya. Pen itulah yang menemani hari hari kita sebagai pelajar sejak setahun yang lalu. Menjadi sahabat setia, mencoret idea idea , menghitam putihkan segala rasa dan cerita. Waktu berlalu , pen itu terus setia menumpahkan dakwatnya. Walau harganya cuma rm2 , pada kita ia masih berharga. Kenapa kita rasa ianya berharga? Kerana fungsinya kerana ia serve its purpose of creation Bayangkan lagi... Hari ini kita ambil pen itu . Kita ingin mencoret lagi ,menyambung idea semalam yang terbantut catatannya sebab frust pahang kalah dengan kelantan. Kita mula mencatat. Eh? Kenapa putih je lagi kertas ni? Kita try gores gores pen itu pada kertas . Masih tiada apa- apa. Emm, dah habis dakwat la ni.. kita merungut sendirian. Mata kita melilau kedalam pencil box. "Bolehlah pen ni" kita ambil sebatang...
Comments
Post a Comment