Skip to main content

الا تستحي من الله؟

Khawater#2

Hari semalam , Allah izin dapat sekali lagi berjumpa dengan sahabat sahabat dari UMP. Petangnya kami berhalaqah, berkumpul bersama membina iman dan mendidik hati.
Halaqah kami semalam tak panjang, kerana memahami sebahagian sahabat- sahabat yang ada berbagai test dan exam.. Juga dengan exam final semester yang semakin hampir, pasti mereka perlukan lebih tumpuan kepada pelajaran.

Hai sibuk betul engineer engineer ni, kalah doktor hehe =)

Pengisian kami semalam hanya bacaan surah Al Mulk. Hanya mukasurat pertama Surah Al Mulk.

“Ok , inshaaAllah sekarang kita buka kepada sahabat sahabat, untuk berkongsi sebarang ibrah yang dia dapat bila baca surah Al Mulk”  Saya sebagai PIC slot Al Quran bersuara

Sahabat- sahabat tunduk. Merenung Al Quran masing masing.
Keadaan sepi seketika. Krik krik ( haha  walaupun x de cengkerik)

“Emm, inshaaAllah ana sedikit nak kongsi” seorang sahabat bersuara memecah sunyi.

“Cuba sahabat tengok ayat terakhir dalam muka surat pertama ni..”



Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. ( Al Mulk :13)



Bila baca ayat ni ia mengingatkan ana pada satu ibrah yang disampaikan oleh seorang imam di australia.

Ok, cuba bayangkan, kita berada di dalam bilik yang gelap, berseorangan. Agak agak kalau kita buat maksiat masa tu, ada tak orang nampak?

Takda kan? Kecuali Allah, kerana dia Maha Melihat dan Maha mengetahui. Tapi kita buat juga maksiat tu sebab kita tak merasai bahawa Allah sedang melihat perlakuan kita. Kita tak merasa muraqbatullah. Kita hanya akan malu kalau ada makhluk lain nampak kita.

 kita rasa takda makhluk yang nampak kita, sebab kita Cuma sorang2 dalam bilik tu, dalam gelap pulak tu”

Sahabat itu berhenti seketika. Sahabat yang lain khusyuk mendengar.

Tapi Sahabat sahabat semua, kalau kita beranggapan tiada makhluk Allah yang nampak kita, kita sebenarnya  dalam silap besar.

Allah berfirman dalam surah Al An’am




Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan mereka.

Perasan tak sahabat sahabat? Rupanya kegelapan itu juga Allah yang jadikan. Rupanya dia juga MAKHLUK ALLAH.

Allahu.. rupanya kegelapan yang menyelimuti  kita ketika kita sedang buat maksiat itu, rupanya makhluk Allah.
Malulah kita pada kegelapan itu
Dan lebih dari itu, Malulah kita pada Allah yang maha melihat perbuatan kita itu.

الا تستحي من الله؟

Comments

Popular posts from this blog

Khatamallahu ala qulubihim

..Khatamallahu ala qulubihim.. “ sekejap..” kata sheikh Abu Bakar Bacaan saya terhenti. Saya mengangkat kepala memandang wajah sheikh. Raut mukanya seakan ingin mengatakan sesuatu. “kamu waqaf pada tempat yang salah. Maksudnya berbeza. “ Saya meihat kembali Al Quran. Ya saya berhenti pada pada absarihim. Kemudian mengambil semula dari wa’ala absarihim sehingga habis. Salah? Tahukah kamu apa maksud Khatam? ( meliau merujuk kepada perkataan Khatamallahu ala Qulubihim) Saya tahu khatam itu bermaksud seal. Saya pandang kembali wajah sheikh, menunggu apa yang ingin disampaikan Sheikh menarik nafas “Apabila Allah telah mengkhatam hati seseorang , tidak akan masuk ke dalamnya hdayah, dan tidak keluar darinya kekufuran. “ Saya terpegun TIDAK MASUK KE DALAM HATINYA HIDAYAH, DAN TIDAK KELUAR DARINYA KEKUFURAN?  Allah..Saya tidak pernah tahu tentang itu. kalau dicongak congak, saya telah melalui ayat ini ratusan kali dala...

Sebatang pen , seorang manusia.

Bayangkan.. Kita ada sebatang pen.. .. .. .. Dah bayangkan belum? Ok, kita ada sebatang pen. Pen itu kita beli setahun yang lalu, masih ada lagi tanda harga rm 2 pada batangnya. Pen itulah yang menemani hari hari kita sebagai pelajar sejak setahun yang lalu. Menjadi sahabat setia, mencoret idea idea , menghitam putihkan segala rasa dan cerita. Waktu berlalu , pen itu terus setia menumpahkan dakwatnya. Walau harganya cuma rm2 , pada kita ia masih berharga. Kenapa kita rasa ianya berharga? Kerana fungsinya kerana ia serve its purpose of creation Bayangkan lagi... Hari ini kita ambil pen itu . Kita ingin mencoret lagi  ,menyambung idea semalam yang terbantut catatannya sebab frust pahang kalah dengan kelantan. Kita mula mencatat. Eh? Kenapa putih je lagi kertas ni? Kita try gores gores pen itu pada kertas . Masih tiada apa- apa. Emm, dah habis dakwat la ni.. kita merungut sendirian. Mata kita melilau kedalam pencil box. "Bolehlah pen ni" kita ambil sebatang...

Monolog bimbang

Dulu, ibu ayah menjaga anak perempuannya dengan mengehadkan pergaulannya dengan lelaki lelaki lain. Anak dihadkan dari keluar rumah tanpa sebab yang munasabah Agar si anak perempuan ini terjaga maruahnya Terdidik adabnya Terjaga malunya kerana dia adalah bakal ibu kepada anak-anak ummah. Kini Walau terperap di rumah pun anak perempuan sudah tidak selamat Media sosial yang tidak terkira banyaknya sekarang, mengeluarkan anak ke seluruh Malaysia, malah dunia Satu gambar diupload, semua orang nampak Like dan comment menambah rasa ghairah, untuk upload gambar yang lain. Menghakis rasa malu, sedikit demi sedikit. Ini bukan cerita anak orang biasa Bahana media sosial ini membinasa semua Anak ustaz Anak doktor Anak orang dakwah Semua terkena Ini juga bukan cerita wanita tak bertudung sempurna Fitnah media sosial ini mempengaruhi semua Yang bertudung litup Yang bertudung labuh Yang berpurdah Semua terpengaruh Kadang kadang saya hairan, bagaimana seorang  boleh ada s...