Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

MERAIKAN dalam pendidikan

Jangankan kanak - kanak , kita yang dewasa pun tersenyum dan seronok tengok video ni. Pada pendapat saya, sheikh ini menunjukkan salah satu daripada keindahan ajaran Islam, iaitu pendidikan anak kecil ,dalam keadaan meraikan fitrah mereka sebagai kanak- kanak. Sungguh saya tidak bersetuju dengan kebanyakan maahad tahfiz kanak kanak yang merotan ,  menampar dan memukul kanak kanak dengan melampau, hanya kerana tidak lancar hafazan. Sheikh Al maghamsi, dalam satu kuliah tafsirnya berkenaan surah yusuf berkata, berdasarkan ayat yarta' wayal'ab , menunjukkan di situ hatta seorang nabi pun punya fitrah sebagai seorang kanak kanak, iaitu berseronok dan bermain. Dan apakah nabi Yaaqub menghalang menghalang keinginan nabi yusuf? Tidak. Dia meraikan fitrah anaknya nabi yusuf dengan membenarkan dia pergi bermain dengan abang abangnya. Maka kata sheikh Al Maghamsi, kanak kanak harus dididik dalam keadaan fitrahnya sebagai kanak kanak dirai. Jangan terlalu memaksakan sesuatu ...

Endure patiently , with a beautiful patience

Menanti Sangat menguji sabar. Dalam keadaan aku tak pasti apa dihujung penantian tatkala sabar dicabar bisikan halus aku goyah tapi firmanMu segera menerpa hati memujuk agar terus Sabar Tatkala sabar ditiup godaan aku pejamkan mata, Hanya boleh bisik pada hati Sabar Sabar Sabar kerana Sabar itu Indah kerana sabar itu sifatnya para Rasul Kerana Sabar itu bekalannya para Nabi Kerana Sabar itu Sebab untuk turunnya bantuan Allah. Allah kuatkan aku untuk terus bersabar untuk ikhlas bersabar agar aku setia menunggu agar aku terus menanti.

Hari Ayah

21 Jun Hari ni hari ayah. Gatal tangan saya nak menulis di FB untuk ucapkan sesuatu padanya. TAPI Apa guna saya tulis di Fb, sedang ayah tak aktif pun Apa guna tulis di Fb , sedang ketika berhadapan saya tak ucapkan pun. Maka semalam sebelum bertugas sebagai penterjemah, saya cium tangan ayah, lalu ucapkan padanya, AYAH, SELAMAT HARI AYAH. Saya tak boleh ucapkan lebih dari itu, sebab saya tahu saya akan menangis. Dan Allah izin semalam saya menjadi penterjemah di masjid berdekatan rumah, maka ayah boleh hadir sama. Dan selepas habis tarawih, saya dapat temukan ayah dengan imam syria ini. "Ya Sheikh Mohammad Asymar , haza abati.."

Ketika mereka masih hidup..

Assalamualaikum.. Alhamdulillah hari ini Allah bagi kesempatan menulis. Semasa coretan ini ditulis,saya sedang berada dalam kereta rombongan mengambil huffaz dari palestin dan syria. Huffaz huffaz ini akan dibawa oleh pihak NGO Haluan ke masjid masjid. Selain menjadi imam solat tarawih, mereka juga akan menyampaikan sedikit tazkirah berkenaan hal ehwal saudara kita di Syria dan Palestin. Di kesempatan ini , saya ingin kongsikan sebuah tazkirah yang disampaikan oleh imam masjid Quba' , Sheikh Al Maghamsi. Bismillah.. Suatu hari, ketika Ibn Abbas sedang mengajar di masjid, datang seorang lelaki . lelaki tersebut mendekati Ibn Abbas, seraya bercerita. " wahai Ibn Abbas, dulu aku meminati seorang wanita dan aku ingin mengahwininya. Tetapi pada suatu hari, wanita tersebut telah dipinang oleh seorang lelaki lain, lalu wanita itu menerima pinangan lelaki tersebut. Aku berasa kecewa dan teramat marah. Kemarahan aku itu telah menyebabkan aku hilang pertimbangan,lalu membunuh wani...

Khatamallahu ala qulubihim

..Khatamallahu ala qulubihim.. “ sekejap..” kata sheikh Abu Bakar Bacaan saya terhenti. Saya mengangkat kepala memandang wajah sheikh. Raut mukanya seakan ingin mengatakan sesuatu. “kamu waqaf pada tempat yang salah. Maksudnya berbeza. “ Saya meihat kembali Al Quran. Ya saya berhenti pada pada absarihim. Kemudian mengambil semula dari wa’ala absarihim sehingga habis. Salah? Tahukah kamu apa maksud Khatam? ( meliau merujuk kepada perkataan Khatamallahu ala Qulubihim) Saya tahu khatam itu bermaksud seal. Saya pandang kembali wajah sheikh, menunggu apa yang ingin disampaikan Sheikh menarik nafas “Apabila Allah telah mengkhatam hati seseorang , tidak akan masuk ke dalamnya hdayah, dan tidak keluar darinya kekufuran. “ Saya terpegun TIDAK MASUK KE DALAM HATINYA HIDAYAH, DAN TIDAK KELUAR DARINYA KEKUFURAN?  Allah..Saya tidak pernah tahu tentang itu. kalau dicongak congak, saya telah melalui ayat ini ratusan kali dala...

Tanda cinta

Tanda cinta Sebelum bertemu, hati meronta tidak sabar untuk bersua Semasa bertemu , rasa tak puas, ingin terus berlama lama Selepas bertemu, jiwa rasa hiba Hati merintih berdoa, agar cepat boleh semula bertemu, agar lunas rasa rindu. Itu tanda orang dilamun cinta Ingin aku tanya Pada diriku Juga pada dirimu Adakah ada tanda- tanda itu DALAM SOLAT KITA?

Pengaruh filem..- -

Pengaruh filem. Beberapa hari lepas, teman budak ini belajar bahasa arab. Bila tengok dia menyanyi nyanyi lagu baiti jannati sambil buat kerja sekolah, saya cuba uji kosa kata arabnya. Saya  :Haris , هذا apa? Haris :Ini Saya  :Emm, هذه? Haris :ini jugak Saya : Ok..kalau انا? Haris :Saya la Saya :Kalau anta? Haris: ( dengan suara comel) Anta? Nak anta ke mana? Keh keh keh Saya terpana kejap. Ceh budak ni, trolled!! Hehe ni pengaruh filem ust mu tunggu aku datang la ni..- - ' Semoga kau membesar dengan iman dan taqwa , dan menjadi insan soleh..amiin..=)

Sebatang pen , seorang manusia.

Bayangkan.. Kita ada sebatang pen.. .. .. .. Dah bayangkan belum? Ok, kita ada sebatang pen. Pen itu kita beli setahun yang lalu, masih ada lagi tanda harga rm 2 pada batangnya. Pen itulah yang menemani hari hari kita sebagai pelajar sejak setahun yang lalu. Menjadi sahabat setia, mencoret idea idea , menghitam putihkan segala rasa dan cerita. Waktu berlalu , pen itu terus setia menumpahkan dakwatnya. Walau harganya cuma rm2 , pada kita ia masih berharga. Kenapa kita rasa ianya berharga? Kerana fungsinya kerana ia serve its purpose of creation Bayangkan lagi... Hari ini kita ambil pen itu . Kita ingin mencoret lagi  ,menyambung idea semalam yang terbantut catatannya sebab frust pahang kalah dengan kelantan. Kita mula mencatat. Eh? Kenapa putih je lagi kertas ni? Kita try gores gores pen itu pada kertas . Masih tiada apa- apa. Emm, dah habis dakwat la ni.. kita merungut sendirian. Mata kita melilau kedalam pencil box. "Bolehlah pen ni" kita ambil sebatang...

Monolog bimbang

Dulu, ibu ayah menjaga anak perempuannya dengan mengehadkan pergaulannya dengan lelaki lelaki lain. Anak dihadkan dari keluar rumah tanpa sebab yang munasabah Agar si anak perempuan ini terjaga maruahnya Terdidik adabnya Terjaga malunya kerana dia adalah bakal ibu kepada anak-anak ummah. Kini Walau terperap di rumah pun anak perempuan sudah tidak selamat Media sosial yang tidak terkira banyaknya sekarang, mengeluarkan anak ke seluruh Malaysia, malah dunia Satu gambar diupload, semua orang nampak Like dan comment menambah rasa ghairah, untuk upload gambar yang lain. Menghakis rasa malu, sedikit demi sedikit. Ini bukan cerita anak orang biasa Bahana media sosial ini membinasa semua Anak ustaz Anak doktor Anak orang dakwah Semua terkena Ini juga bukan cerita wanita tak bertudung sempurna Fitnah media sosial ini mempengaruhi semua Yang bertudung litup Yang bertudung labuh Yang berpurdah Semua terpengaruh Kadang kadang saya hairan, bagaimana seorang  boleh ada s...

الا تستحي من الله؟

Khawater#2 Hari semalam , Allah izin dapat sekali lagi berjumpa dengan sahabat sahabat dari UMP. Petangnya kami berhalaqah, berkumpul bersama membina iman dan mendidik hati. Halaqah kami semalam tak panjang, kerana memahami sebahagian sahabat- sahabat yang ada berbagai test dan exam.. Juga dengan exam final semester yang semakin hampir, pasti mereka perlukan lebih tumpuan kepada pelajaran. Hai sibuk betul engineer engineer ni, kalah doktor hehe =) Pengisian kami semalam hanya bacaan surah Al Mulk. Hanya mukasurat pertama Surah Al Mulk. “Ok , inshaaAllah sekarang kita buka kepada sahabat sahabat, untuk berkongsi sebarang ibrah yang dia dapat bila baca surah Al Mulk”  Saya sebagai PIC slot Al Quran bersuara Sahabat- sahabat tunduk. Merenung Al Quran masing masing. Keadaan sepi seketika. Krik krik ( haha  walaupun x de cengkerik) “Emm, inshaaAllah ana sedikit nak kongsi” seorang sahabat bersuara memecah sunyi. “Cuba sahabat tengok ayat terakhir da...

The time will come InshaaAllah..

14 mei baru baru ni, Allah izin berjumpa sahabat seperjuangan sekelas di Mesir. Alhamdulillah terkena hari interview yang sama . tapi berjumpa mereka hari itu rasa agak kekok. Kenapa? Hehe ok. Yang depan sekali tu namanya Fahmi,  dah nikah n ada anak sorang. Yang tepi sebelah kanan tu namanya Zulkhairi, baru je 2 bulan nikah Yang sebelah kiri tu nama Malik, akan nikah 30 mei ni Jadi nampak tak permainannya kat situ? yang tengah tengah tu je yang Allah izin belum nikah lagi. hehe tapi ini bukan mengeluh ye Tidak Cuma nak bagitau, kita yang dah sampai umur dan waktu ni, pasti sedikit sebanyak akan rasa macam tu. tapi bila kita hadapi situasi seperti ini, pujuklah diri Pernikahan is not a race, bukanlah satu perlumbaan siapa yang nikah dulu. Mungkin belum masanya untuk Allah izinkan kita bernikah May be there is some part of ourself that are not ready yet. Our akhlak, our behaviour, our sense of resposibility , our physical...

Dia masih sudi..

KhawaterAlQuran#1 "pergi engkau dari sini, engkau bukan anakku lagi!!" jerit seorang ibu kepada anaknya yang telah menconteng arang di muka keluarga Anak dihalau dari rumah Malah tidak diakui sebagai anaknya lagi. Mungkin marahya sudah memuncak dan tidak tertahan lagi .Mungkin kasih sayangnya telah sampai kepada batasannya. Ibu juga manusia. Walau sebesar manapun kasihnya pada anak , tapi pasti punya batasan.  Cuba fikirkan dan bayangkan situasi diatas. Ia bukanlah situasi terpencil, malah biasa kita dengar pada zaman kita ini. Saya ingin bawa bersama para pembaca, untuk menghayati suatu firman Allah.. Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Azzumar : 53) Perasa...

Manifestasi Cinta

#viewer discretion is advised# Ketika meneliti gambar tahap2 kebakaran(burn) dalam subjek surgery, saya teringatkan seseorang Sahabat Rasulullah bernama Khabbab r.a Bagaimana dia membenarkan cintanya pada Rabnya.. Dalam buku hayatus sahabah, disebut bahawa khabbab r.a ditangkap dan  dibaringkan diatas api sambil orang musyrikin memijaknya. Kulit belakangnya habis terbakar sehingga sampai kepada lapisan lemak. Namun kerana cinta kepada Allah melebihi segalanya, beliau brsabar atas ujian itu. Sehingga apabila belakangnya sembuh, parutnya kelihatan seperti penyakit leprosy( kusta). Ketika parut tersebut dilihat oleh sayyidina umar, beliau berkata, " aku tak pernah tengok sesuatu seperti ini" Kalau dinilai dari ilmu perubatan sekarang, kebakaran yang dialami khabbab ini adalah antara tahap ke3 dan tahap ke4 , mungkin seperti dalam gambar.. Allah.. Itu manifestasi cinta mereka kepada Rab mereka Mereka mengatakan cinta, lalu membuktikan cinta Kita bagaimana? Ketika pial...
Parasit Hari itu 21 disember 2014 Apa yang istimewa tentang tarikh itu? Kata “Mayanist” , 21 Disember 2012 adalah hari kiamat. Tapi ternyata ianya dongeng kerana 2 tahun selepas tarikh itu saya  masih disini dihadapan laptop , mencoret sesuatu berkenaan tarikh ini. 21 disember adalah tarikh lahir saya.  Pagi itu, saya bangun dari tidur dan ketika dalam perjalanan ke bilik air, saya ternampak sesuatu di atas meja. Sebuah periuk berisi bubur kacang hijau beserta nota besar berbentuk “heart”. “Selamat Hari Lahir yang ke 25!!=)”  tertulis pada nota itu. Terharu seketika. Rupanya sahabat serumah saya bangun seawal 4 pagi untuk memasak bubur kacang tersebut. Patutlah terdengar ‘tung’ ‘tang’ di dapur pagi tadi. Balik dari solat subuh, saya berjumpa dengan sahabat tersebut “Hanif, syukran ye masak Bubur kacang tu..” “ haha maalisy la takde kek , ada bubur kacang je”.. dia menjawab Saya senyum . Segala puji bagi Allah yang menghadiahkan aku...